Pages

Monday 16 December 2013

Gout & Shaklee!!!!

assalamualaikum wbt, ok hari ni entry cter pasal fakta ya uolls...fakta harini cter pasal penyakit GOUT!!!
Gout merupakan sejenis sakit sendi (arthritis) yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Gout akan menyebabkan sakit sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah. Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain di samping boleh menyebabkan erosi pada sendi dan tumbuhnya gout tophus (bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tapi berkekalan). Kejadian batu karang pada buah pinggang juga sering berlaku pada penghidap gout. Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka yang mengidapi gout. Serangan gout boleh terbahagi kepada 2 jenis iaitu:- – Serangan akut (tiba-tiba). – Serangan kronik yang berpanjangan. Serangan gout akut dikenal pasti sebagai serangan yang berulang-ulang, sendi menjadi bengkak dan rasa berdenyut berpanjangan dalam tempoh antara lima hingga enam hari. Pesakit akan mengadu tulang sendi mereka seolah-olah digigit. Manakala bagi serangan kronik berpanjangan, walaupun pesakit tidak merasa berdenyut-denyut namun pesakit tetap merasa tidak selesa. Di samping itu tempoh kesakitan berterusan hingga mengambil masa yang agak lama dengan anggaran antara dua hingga tiga minggu. Gout lebih kerap terjadi dikalangan lelaki. Selalunya penyakit GOUT akan menyerang individu berikut :Umur — Biasanya gout menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit berumur 30 hingga 50 tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakan kes bermula selepas umur putus haid. Obesiti — Terutama bagi individu yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal. Gaya Hidup – Seringkali menyerang lelaki yang mengamalkan pengambilan protein berlebihan dalam menu harian. Penyakit, keadaan kesihatan dan ubat — Sesetengah penyakit seperti tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah) juga boleh menyebabkan gout. Gout juga biasa dikaitkan dengan tabiat pemakanan tidak sihat dan seimbang. Walaupun begitu, dalam sesetengah kes ia boleh diwarisi, terutama individu yang tiada enzim untuk membuang asid urik. P/s: Kurangkan mengambil daging dan makanan protein terutama anda yang ingin membina badan. Boleh amek protein tapi jangan lupa untuk exercise. Set Shaklee untuk pesakit gout boleh membantu meredakan sakit yang anda hadapi. Selain itu, anda juga perlu mengetahui punca, makanan yang perlu dielakkan dan cara mengatasi atau sekurang-kurangnya cara untuk meredakan kesakitan.Produk dicadangkan seperti berikut: Alfalfa : Menyah toksin dari badan secara semula jadi dan selamat. ia turut menyikirkan asid urik dalam badan Performance Drink : Mengekalkan kandungan cecair di dalam badan,(perlu juga minum air putih/air masak setiap masa. Minum sedikt tetapi kerap) Omega Guard/AJHT : Memberi keselesaan pada sendi. p/s: Pastikan pengambilan air yang optimum dalam badan kerana Air berfungsi untuk menyikirkan asid urik dari badan.Kandungan air perlu sentiasa optimum di dalam badan.

No comments:

Post a Comment